26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

UCL: United kecundang kali kedua berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United masih tercari-cari kemenangan sulung dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UCL) selepas tewas 3-2 kepada Galatasaray, awal pagi tadi.

United turun di Old Trafford memburu tiga mata penuh selepas tewas 4-3 kepada Bayern Munich dalam perlawanan pertama.

Segalanya tampak berjalan lancar buat anak buah Erik Ten Hag apabila penyerang muda, Rasmus Hojlund menanduk masuk gol pertama pada minit ke-17 hasil hantaran silang Marcus Rashford.

Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila bekas penyerang Red Devils, Wilfried Zaha menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Hojlund kembali meletakkan United di depan apabila melakukan larian menarik dari tengah padang sebelum menyungkit bola melepasi penjaga gol, Fernando Muslera.

Advertisements

Galatasaray bagaimanapun menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Muhammed Kerem Aktürkoğlu yang bijak menyelinap masuk ke dalam kawasan penalti sebelum mudah menewaskan Andre Onana di gawang United.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Casimero dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-77 selepas menjatuhkan Mauro Icardi dalam kawasan penalti.

Penyerang berasal dari Argentina itu yang ditugaskan mengambil sepakan bagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Icardi bagaimanapun menebus kehampaan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-81 apabila bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan melepasi Onana sekali gus memberikan tiga mata buat Galatasaray. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan