26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Usul KSP RMK-12 lulus tanpa kehadiran ahli pembangkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USUL Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK-12) diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat hari ini.

Kelulusan itu dibuat tanpa penglibatan Ahli Parlimen pembangkang yang telah bertindak keluar dewan ketika penggulungan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul tersebut diluluskan jam 6.05 petang tadi setelah dibahaskan bermula jam 4.50 petang.

Sebanyak 26 kementerian telah selesai menggulung usul berkenaan selama dua hari bermula semalam selepas 151 Ahli Parlimen membahaskan usul itu sepanjang tiga hari pada minggu lalu.

Terdahulu, kesemua Ahli Parlimen daripada blok pembangkang kecuali Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar), bertindak meninggalkan dewan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Johari mengambil keputusan mengarahkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) keluar dewan berikutan telah mengganggu Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam sesi penggulungan. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan