29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Akar umbi Bersatu di Sabah masih bersama – Wan Saiful

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan percaya ahli-ahli parti di peringkat akar umbi di Sabah masih kekal bersama walaupun berlaku perubahan haluan di peringkat atas.

Malahan beliau berkata, semangat dan kesungguhan mereka jelas terpancar ketika Persidangan Agung Tahunan parti itu yang berlangsung minggu lalu.

Katanya, kejayaan Datuk Seri Ronald Kiandee yang menyusun semula parti dalam jangka masa singkat menunjukkan iltizam aktivis parti Bersatu di Sabah tidak pernah luntur.

“Hari ini saf kepimpinan Bersatu Sabah sudah bermesyuarat secara rasmi membincangkan mengenai bagaimana parti boleh terus mara ke hadapan. Ini langkah yang amat memberangsangkan,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Wan Saiful turut menzahirkan harapan agar Bersatu Sabah akan terus berkembang.

Advertisements

Bersatu Sabah lumpuh apabila kepimpinan parti itu diketuai bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bertindak meninggalkan parti itu pada 10 Disember lalu.

Hajiji selaku Ketua Pimpinan Bersatu Sabah berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Tindakan diambil barisan kepimpinan Bersatu Sabah dibuat ekoran Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 baru lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan