26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mohd Shuhaily bakal dilantik Ketua Polis KL

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, bakal dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perubahan jawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.

“Seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur kosong selepas Datuk Azmi Abu Kassim, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

“Justeru, SPP memutuskan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengisi jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

“Pengumuman jawatan tertinggi ini akan dibuat oleh Urus Setia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya, malam tadi.

Advertisements

Saifuddin berkata, pertukaran itu akan membabitkan beberapa jawatan Ketua Polis Negeri.

Menurutnya, sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu dan jawatan Pengarah JSJN juga akan diumumkan oleh Urus Setia PDRM.

Untuk rekod, pada 14 Mac lalu, Urus Setia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan bagi mengisi kekosongan jawatan itu susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Seri Zaini Jass pada 9 Mac lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan