Sunday, July 19, 2026

Tularkan salah laku: Pegawai kastam dakwa ditukar tanpa sebab

Pegawai berkenaan mendakwa dia dikenakan “punitive transfer” tanpa alasan munasabah dan tanpa proses siasatan dalaman yang adil.

Mesti Baca

SEORANG pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa dia menjadi mangsa pertukaran hanya kerana dikaitkan dengan dakwaan penularan salah laku pegawai atasan.

Memetik laporan Malaysiakini, pegawai kanan berkenaan dilaporkan telah membuat laporan polis pada pada 18 Disember lalu di Balai Polis Satok, Kuching, dipercayai berkaitan dengan penularan dokumen yang mengaitkan kepimpinan tinggi jabatan itu dengan dakwaan salah guna kuasa.

Pegawai berkenaan mendakwa dia dikenakan “punitive transfer” tanpa alasan munasabah dan tanpa proses siasatan dalaman yang adil.

Dia mendakwa, pada 23 Oktober lalu, dia ditukar secara serta-merta dari JKDM Selangor ke JKDM Sarawak, langkah yang disifatkan luar kebiasaan bagi pegawai pada kedudukannya.

Pada 17 Disember lalu pula, dakwanya lagi, dia sekali lagi dipindahkan tanpa penjelasan rasmi, kali ini dari Bahagian Pematuhan JKDM Sarawak ke Bahagian Cukai Dalam Negeri.

Dia juga mendakwa yang dia dimaklumkan oleh seorang pegawai tinggi JKDM Sarawak bahawa arahan pertukaran tersebut datang terus daripada seorang pegawai tertinggi JKDM di Putrajaya.

Menurutnya, alasan pertukaran terhadapnya kerana disyaki menjadi dalang penyebaran emel atau surat layang yang mengaitkan pegawai tertinggi JKDM tersebut dengan seorang pemimpin parti politik kerajaan di Semananjung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Alexan Naga Chabu mengesahkan menerima laporan tersebut kepada portal berita berkenaan.

“Ya, saya mengesahkan,” katanya.

Selain itu portal berkenaan turut mendedahkan yang pengadu telah membuat laporan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung isu pertukarannya itu.

Aduan dibuat berkaitan tidak puas hati terhadap pengurusan JKDM berhubung pertukaran itu yang dikaitkan dengan salah guna kuasa.

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan