Monday, July 20, 2026

Kontraktor projek Kompleks Sukan Mini Jasin ditamatkan

Projek melibatkan pembinaan dan penyiapan Kompleks Sukan Mini serta kerja-kerja berkaitan bermula 12 April 2021 dan dijangka siap pada 29 April tahun lalu.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bertindak tegas menamatkan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Kompleks Sukan Mini Jasin di Bemban ekoran kegagalan menyiapkan projek tersebut.

KBS berkata, Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan pada 10 September tahun lalu berikutan kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat kontrak apabila bertindak meninggalkan tapak projek.

Menurut KBS, projek melibatkan pembinaan dan penyiapan Kompleks Sukan Mini serta kerja-kerja berkaitan bermula 12 April 2021 dan dijangka siap pada 29 April tahun lalu.

“Namun begitu, kontraktor gagal menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh. 

“Projek ini dirancang untuk ditender semula selewat-lewatnya pada awal Januari 2026,” kata KBS dalam kenyataan hari ini.

Projek tersebut merupakan inisiatif KBS untuk menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat setempat, yang merangkumi pembinaan pejabat, auditorium, dewan serbaguna, gelanggang sukan, asrama, dan kafetaria.

Bagaimanapun, projek tersebut gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh kontraktor asal yang mengakibatkan tindakan tegas diambil oleh KBS demi kepentingan awam. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan