26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

266 projek perumahan swasta terbengkalai dipulihkan – KPKT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 266 projek perumahan swasta terbengkalai yang melibatkan sebanyak 67,773 unit rumah serta 46,229 pembeli berjaya dipulihkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sehingga 30 September lalu, terdapat sebanyak 68 projek lewat, 476 projek sakit serta 111 projek telah terbengkalai.

Jelas beliau, semua projek lewat, sakit dan terbengkalai membawa Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM79.03 bilion.

“Setakat tarikh tersebut, sebanyak 301 projek (38,752 unit rumah) dengan nilai GDV sebanyak RM28.88 bilion telah berjaya dipulihkan.

Advertisements

“Jumlah ini turut meliputi pemulihan lapan projek perumahan swasta terbengkalai yang membawa nilai GDV sebanyak RM574.08 juta sejak penubuhan pasukan Task Force Projek Perumahan Sakit Dan Terbengkalai (TFST),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan perasmian Seminar Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, pada tahun ini, kerajaan telah memberikan dana tambahan sebanyak RM20 juta bagi pemulihan 16 lagi projek terbengkalai.

“Bajet ini bertujuan untuk mendapatkan perakuan CFO dan CCC untuk 16 projek yang bakal memberikan manfaat kepada 2,047 pembeli yang terjejas. Kesemua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan