27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Cubaan seludup daun ganja ke Langkawi gagal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CUBAAN sindiket menyeludup daun ganja segar seberat tiga kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM9,000 gagal selepas diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah, semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, suspek yang menaiki bot fiber dikesan bergerak masuk ke perairan Langkawi dari sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Susulan itu, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis telah mengatur gerak bot peronda ke lokasi berkenaan bagi memintas dan menyerbu bot terbabit di kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung sekitar pukul 10 malam.

“Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, suspek yang disyaki membawa daun ganja bertindak membuang tiga bungkusan plastik ke laut dan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand bagi meloloskan diri.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan plastik yang dibuang telah menemukan daun ganja segar yang dipercayai cuba diseludup masuk untuk diproses dan dijual kepada pengguna tempatan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Romli berkata, kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis 04-966 2750,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan