27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Annuar Musa sertai Pas, bakal calon PN di Kelantan?

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan memilih Pas sebagai pentas untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Malaysiakini yang memetik satu sumber melaporkan, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dilapor sudah pun mengisi borang keahlian parti itu.

“Setakat ini Annuar dah buat keputusan untuk sertai Pas cuma tunggu masa untuk dia buat pengumuman rasmi.

“Difahamkan beliau akan umumkan perkara itu selepas sambutan Aidilfitri nanti sebagai langkah membangkitkan mood pilihan raya negeri (PRN),” lapor Malaysiakini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula mengalu-alukan penyertaan bekas menteri Kabinet itu dalam Pas dan berharap ahli-ahli politik lain yang akan turut mengikut jejak langkah tersebut.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, Pas berbesar hati menerima tokoh terkemuka seperti Annuar, yang juga veteran UMNO dan bekas menteri.

Advertisements

“Saya percaya mereka yang berpengalaman seperti Annuar dan lain-lain boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan parti,” katanya selepas majlis berbuka puasa di Serdang, Selangor anjuran kerajaan Terengganu, lapor FMT.

Dalam pada itu, Annuar berkemungkinan akan menjadi salah seorang calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

“Tak mustahil dia (Annuar) akan bertanding dan Pas sendiri boleh menaruh harapan terhadap pengaruh serta pengalaman Annuar,” ujarnya.

Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh dipecat daripada parti pada 8 Disember lalu.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan tersebut mengikut Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO di mana keahlian digugurkan secara automatik.

Annuar antara pemimpin UMNO yang dikatakan mesra dengan Pengerusi PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menentang usaha kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan