27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahli UMNO diminta bersabar, teruskan doa buat Najib

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI UMNO diminta bersabar serta kekal tenang susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara dalam kes SRC International.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau berasa sedih dan melahirkan simpati terhadap bekas Presiden UMNO namun akur keputusan mahkamah tidak memihak Najib.

“Saya memohon  agar semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO dapat bersabar dan bertenang serta teruskan berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada Dato’ Sri Najib untuk menghadapi dugaan yang besar ini.

“Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac 2023 yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhir berhubung kes SRC International.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, saya akur dengan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Dato Sri Najib,” katanya menerusi kiriman Facebook hari ini.

Advertisements

Selain itu, Menteri Besar Pahang itu menyatakan sokongan yang berterusan buat mantan Ahli Parlimen Pekan itu walau dalam apa jua keadaan.

“Walaubagaimanapun, saya melihat masih ada ruang perundangan bagi membolehkan Dato’ Sri Najib mendapat pembelaan sewajarnya.

“Malah, saya juga akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Sri Najib walau dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan