24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pemandu bas tular guna talefon bakal ke mahkamah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANDU bas tular dikesan menggunakan telefon bimbit semasa memandu telah diambil tindakan di bawah Rule 17A LN166/59.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan itu susulan pemandu tersebut memandu dengan menggunakan talefon tanpa alat bebas tangan.

Ujar beliau, jika disabitkan kesalahan, hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

“Ujian air kencing telah dilakukan dan mendapati pemandu berkenaan bebas daripada penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Shuhaily, pada 31 Mac lalu, polis telah mengesan satu video yang berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pemandu bas menggunakan talefon semasa memandu.

Advertisements

Menurutnya, video itu telah ditularkan dalam media sosial dan tindakan pemandu bas tersebut dilihat mendatangkan risiko kemalangan jalanraya dan membahayakan nyawa bukan sahaja penumpang, malah pengguna jalan raya lain.

“Siasatan polis mendpaati kejadian berlaku pada 28 Mac di kawasan Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).

“Pihak polis juga telah berjaya mengesan dan meminta pemandu bas tersebut untuk hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berhati-hati semasa mengendalikan kenderaan di jalan raya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan