KERAJAAN Negeri Pahang bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam Negeri Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Bantuan khas kewangan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri berharap pemberian tersebut dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Katanya, ini sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan neger serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan. — Edisi 9

