Sunday, July 19, 2026

Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akim.

Mesti Baca

BEKAS menteri Kabinet, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), pelantikan Tengku Zafrul bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akim.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan PMO hari ini.

Untuk rekod, kerusi jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri kosong sejak November tahun lalu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin susulan terpalit dengan isu integriti.

Sementara itu Tengku Zafrul yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam reaksi balasnya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang meninggalkan dunia perbankan untuk menyertai Kabinet kerajaan Malaysia sejak 2020 menganggap pelantikan tersebut sebagai amanah baharu untuk berkhidmat kepada negara.

“Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya demi memastikan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh.

“Mohon doa dan sokongan semua,” kata beliau menerusi Facebooknya. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan