Sunday, July 19, 2026

Seluruh England: Pemain negara ‘berguguran’ hari pertama

Lebih mengecewakan juara dunia beregu campuran yang juga pilihan ketiga kejohanan, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei bagai ada badi di Birmingham apabila sekali lagi tersekat di pusingan pertama.

Mesti Baca

HANYA perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao sahaja yang memulakan langkah kanan badminton Seluruh England 2026, manakala para pemain negara berguguran pada hari pertama kejohanan, semalam.

Lebih mengecewakan juara dunia beregu campuran yang juga pilihan ketiga kejohanan, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei bagai ada badi di Birmingham apabila sekali lagi tersekat di pusingan pertama.

Tang Jie/Ee Wei tewas kepada pasangan Denmark, Rasmus Espersen/Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 12-21, 23-25 sekali gus mengulangi prestasi sama pada kejohanan tahun lalu.

Satu lagi pasangan negara, Jimmy Wong/Lai Pei Jing pula tunduk kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei/Nicole Gonzales Chan 17-21, 18-21.

Turut kecundang pasangan Hoo Pan Ron/Cheng Su Yin yang dikecewakan leh beregu campuran India, Dhruv Kapila/Tanisha Crasto 17-21, 19-21.

Dalam kategori beregu lelaki pula, Choong Hon Jian/Muhammad Haikal gagal mengatasi jaguh Denmark, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen dengan 13-21, 17-21.

Turut kecundang Ong Yew Sin/Teo Ee Yi yang diketepikan pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian/Muhammad Shohibul Fikri 9-21, 17-21.

Sementara itu, Jun Hao mara ke pusingan seterusnya setelah menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto 21-17, 13-21, 21-18 dalam masa 1 jam 21 minit.

Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan rekod pertemuan kedua-dua pemain ini diungguli oleh Jun Hao dengan rekod empat kemenangan daripada tujuh pertemuan.

Hari ini, beberapa lagi pemain negara turun beraksi di pusingan pertama membabitkan enam beregu lelaki dan masing-masing dua beregu wanita serta campuran.

Berikut senarai pemain negara yang akan beraksi hari ini:

BEREGU LELAKI:
  • Kang Khai Xing/Aaron Tai vs Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (IND)
  • Muhd Nur Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong vs Chiu Hsiang Chieh/Wang Chi-Lin (TWN)
  • Man Wei Chong/Tee Kai Wun vs Fang Chih Lee/Fang Jen Lee (TWN)
  • Arif Junaidi/Yap Roy King vs Daniel Lundgaard/Mads Vestergaard (DEN)
  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Chen Zhi Yi/Presley Smith (USA)
  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin vs Kakeru Kumagai/Hiroki Nishi (JPN)
BEREGU CAMPURAN:
  • Wong Tien Ci/Kim Chiew Sien vs Guo Xin Wa/Chen Fang Hui (CHN)
  • Goh Soon Huat/Shevon Lai vs Callum Hemming/Estelle Van Leeuwen (ENG)
BEREGU WANITA:
  • Pearly Tan/M.Thinaah vs Arisa Igarashi/Chiharu Shida (JPN)
  • Ong Xin Yee/Carmen Ting vs Yuki Fukushima/Mayu Matsumoto (JPN).

Perlawanan bermula 6 petang waktu Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan