Sunday, July 19, 2026

Saya tidak pernah ada masalah dengan Presiden — Ismail Sabri

Beliau jarang dilihat bersama dengan Zahid mahupun pimpinan tertinggi lain kerana tidak lagi berada dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

“SAYA tak pernah ada masalah dengan Presiden (UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pun.” 

Demikian ditegaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan hubungannya dengan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau jarang dilihat bersama dengan Zahid mahupun pimpinan tertinggi lain kerana tidak lagi berada dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“Dari dulupun (Zahid) tak ada masalah dengan saya. Cuma mungkin sebab saya tak ada lagi dalam MKT jadi jarang bertemu.

“Tapi kadang jumpa juga dalam majlis-majlis tertentu…Tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini hubungan Ismail Sabri dan Zahid dikatakan renggang sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Malahan sejak tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada 2023 lalu, kelibat Ismail Sabri amat jarang kelihatan dalam majlis-majlis parti di peringkat Pusat.

Beliau lebih banyak menumpukan masa sebagai Ahli Parlimen Bera, Ketua UMNO Bahagian Bera serta Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kesembilan ketika beliau sebagai Naib Presiden UMNO selepas pengunduran diri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2022.

Beliau didakwa salah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan semasa krisis politik pasca-PRU-15 lalu yang menyaksikan beberapa pemimpin UMNO dipecat atau digantung.

Walaupun tidak menerima sebarang tindakan daripada parti, hubungan antara Ismail Sabri dan Zahid dikatakan renggang. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan