30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tongmo, makanan Melayu Champa popular di Malaysia

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SEJAK tinggal di Malaysia pada 1997, Rukiah Idris yang merupakan wanita Melayu Champa yang berasal dari Siem Reap, Kemboja memulakan perniagaan Tongmo, iaitu salah satu makanan popular bagi masyarakatnya.

Tongmo adalah daging lembu jenis ‘tetel’ yang diproses hancur dan disumbat ke dalam usus lembu serta diikat mengikut saiz acuannya. Ia juga lebih dikenali masyarakat tempatan sebagai sosej daging.

Selepas berkahwin dengan lelaki berasal dari Negeri Sembilan pada 2015, dia mula menukar resepi yang disesuaikan dengan selera masyarakat Malaysia.

Tongmo bakar turut mendapat permintaan daripada pelanggan tempatan. Foto: Mohd Naim Aziz / Edisi 9

Rukiah atau lebih dikenali sebagai Kak Ru boleh menghasilkan sebanyak 2,000 ketul Tongmo sehari dan dibekukan untuk jualan kepada pemborong dengan harga RM2 seketul.

Perniagaan Tongmo yang diusahakan bersama suami di gerai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen U17 berhampiran Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, Selangor itu bermula pukul 8.30 pagi sehingga 8 malam.

Menceritakan proses pembuatannya, Kak Ru berkata, bekalan daging dan usus diambil daripada pembekal di Kuang, Selangor itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum diproses sehingga menjadi Tongmo.

Kemudian, daging tetel itu dikisar dan dimampatkan ke dalam usus lembu sebelum diikat sehingga menjadi beberapa ketulan mengikut panjang usus yang diperolehi.

Rukiah Idris menjemur Tongmo mentah untuk tatapan pelanggan yang melalui gerainya di persiaran Kubu Gajah- Subang Bestari, Paya Jaras, Selangor. Foto: Mohd Naim Aziz / Edisi 9

“Sejak saya berkahwin saya mula menukar resepi atas permintaan suami supaya masyarakat tempatan dapat menikmatinya, dan bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kemboja sahaja.

“Resepi dan cara pembuatan saya belajar daripada arwah emak dan kemudian saya ubah resepi yang boleh dinikmati masyarakat Melayu di sini atas permintaan suami,” katanya kepada Edisi 9.

Harga seketul Tongmo ialah RM2.50 untuk mentah manakala RM2 untuk belian borong.

Menurut Kak Ru, Tongmo yang dibakar sesuai dimakan dengan nasi manakala Tongmo mentah untuk dibuat gulai kawah, sesuai dengan menu masyarakat Melayu Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan