32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mad Zaidi KSU baharu KPK

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Mad Zaidi Mohd. Karli @ Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang telah berkhidmat selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di kementerian sama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Mad Zaidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

Advertisements

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mad Zaidi, 53, merupakan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London. 

Jawatan pertama disandang adalah Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan