33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KPK kumpul hampir RM1 juta untuk tabung Palestin

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perladangan dan Komoditi (KPK) berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM850,566.23 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam.

Sumbangan tersebut diterima daripada warga kementerian tersebut serta agensi-agensi di bawahnya.

Menurut KPK dalam kenyataannya, sumbangan tersebut kemudian diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Sumbangan yang diselaraskan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPK ini melibatkan hasil kutipan daripada seluruh warga kementerian dan agensi di bawah kementerian.

Advertisements

“Selain wang tunai, KPK melalui Majlis Getah Malaysia turut menyumbang 100,000 sarung tangan getah yang akan disumbangkan kepada pasukan perubatan di Semenanjung Gaza,” kata kenyataan itu hari ini.

Katanya, inisiatif kutipan sumbangan itu merupakan tanda sokongan KPK mendukung inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Oktober lalu.

“KPK sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi kemanusiaan sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, Ketua Setiausaha KPK, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan pegawai-pegawai Kementerian dan agensi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan