25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

THiJARI trek sosial terbaik Anugerah Inovasi Sektor Awam

Mesti Baca

LEMBAGA Tabung Haji (TH) diiktiraf sebagai Penerima Terbaik Trek Sosial Anugerah Inovasi Sektor Awam bagi projek berimpak tinggi menerusi inisiatif perkhidmatan digitalnya, THiJARI.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada TH, sekali gus mencerminkan komitmen kakitangannya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih sembilan juta pendeposit, selari dengan usaha TH ke arah digitalisasi.

“THiJARI adalah inisiatif dan komitmen TH untuk memudahkan pendeposit melakukan transaksi secara dalam talian dengan selamat tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan.

“Anugerah ini juga menandakan kepercayaan yang tidak terhingga oleh pendeposit kami dan TH sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Pengiktirafan itu diterima pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) bagi tahun 2023 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertemakan “Malaysia Madani Memperkasa Inovasi.”

Pemilihan penerima terbaik adalah berdasarkan kepada empat kriteria penilaian iaitu berimpak tinggi, nilai untuk wang, pendigitalan dan kemampanan.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri menerima 313 penyertaan yang mana sebanyak 34 disenarai pendek ke Jawatankuasa Pencalonan AIPSA.

Anugerah itu diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan agensi yang memberi sumbangan signifikan dan nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan awam melalui penghasilan inovasi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan