28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

14,306 surat tawaran haji dikeluarkan, perlu jawab dalam 7 hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 14,306 surat tawaran tunai haji dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui beberapa platform kepada bakal jemaah bagi musim 2022, mulai hari ini.

Surat tawaran tunai haji bagi musim 2022 itu dihantar kepada bakal jemaah melalui platform khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, surat fizikal dan aplikasi THiJARI.

Menurut Pengarah Eksekutif Hajinya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang dikeluarkan.

“Berikutan faktor kesuntukan masa, katanya, semua bakal haji dimohon untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji seperti ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Advertisements

“Bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan atau klinik diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalakan vaksin COVID-19, selain digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu Influenza dan Pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci seperti disyorkan KKM.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran,” katanya.

Maklumat lanjut, layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan