25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Berang anak ditampar, bapa cederakan murid Tahun 3

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tergamak mencederkaan seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Chendering, gara-gara berang anaknya ditampar rakan sekelas, di Kuala Terengganu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berkenaan cedera ringan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sebelum kejadian, mangsa dan anak lelaki itu dikatakan bermain sebelum berlaku perselisihan faham.

“Rakan sekelas mangsa kemudianya mengadu dia telah ditampar kepada bapa yang tiba untuk mengambilnya tidak lama kemudian.

Advertisements

“Mendengar aduan anaknya, lelaki itu naik berang lalu mencekik sebelum menghempas mangsa ke tanah sehingga menyebabkan kepala kanak-kanak itu mengalami luka dipercayai akibat terkena batu,” katanya lapor Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Chendering di sini.

Tambah beliau, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan