24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

GEGAR-18 sasar generasi bebas tabiat merokok – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Generational End Game Anti-Rokok (GEGAR-18) menyasarkan untuk mewujudkan generasi yang bebas daripada tabiat merokok.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, antara pendekatan yang dilaksanakan adalah larangan penjualan atau pemilikan semua jenis produk merokok, khususnya kepada generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya.

Dalam hal ini menurut beliau, KPM akan memberi sokongan penuh kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan inisiatif GEGAR-18 bagi memastikan negara kita dapat melahirkan generasi yang hidup sihat tanpa rokok.

“Saya yakin, konsep Sekolahku SEJAHTERA melalui penerapan 14 elemen penting dalam kehidupan akan dapat membantu merealisasikan inisiatif GEGAR-18.

“Selamat, Sihat, Rasional dan Artikulasi, khususnya merupakan antara elemen yang boleh diterapkan dalam kalangan murid sebagai satu daripada pendekatan menyokong usaha mewujudkan sebuah generasi baharu yang bebas daripada tabiat merokok,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran program GEGAR-18 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra, Selangor.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, Radzi meluahkan keyakinan program GEGAR-18 berkenaan dapat mencapai objektifnya.

“InsyaAllah, dengan kerjasama murid, guru, ibu bapa serta pentadbir sekolah, inisiatif GEGAR-18 ini mampu dilaksanakan dan mencapai objektif yang disasarkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan