24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bayi enam bulan maut kemalangan tiga kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ahli keluarga terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 75 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Air Sejuk, Setiu semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, telah mengakibatkan mangsa, Mohammad Qais Rizqi Shafiee, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya, Nurul Ain Zulkarnain, 29, patah tulang paha kaki kiri.

Manakala bapa bersama dua kakaknya masing-masing berusia lima dan dua tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Saga FLX dipandu bapanya dari arah Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Terengganu.

Advertisements

“Sejurus tiba di lokasi kejadian datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu.

“Kenderaan berkenaan dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga FLX.

“Pada masa sama sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang seorang suri rumah berusia 54 tahun yang datang dari arah sama dengan Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan kereta Proton Saga FLX,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan