27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Ibu, bayi 6 bulan maut nahas ketika balik kampung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan tengah malam tadi.

Mangsa yang maut, Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan bayi lelaki berkenaan, Muhammad Alfah Abdul Rahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superintenden Azmi Mokhtar, berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia yang dinaiki mangsa bersama dua anak yang dipandu oleh suaminya berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

“Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung kereta Naza Ria yang dipandu lelaki Melayu berusia 36 tahun,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Azmi berkata, akibat pelanggaran itu, Perodua Axia remuk dan pemandunya mengalami patah pada tangan kiri dan pinggang manakala anak lelakinya berusia lima tahun mengalami patah di kedua-dua kaki.

“Pemandu Naza Ria hanya mengalami cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk proses selanjutnya manakala mangsa yang maut dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan