32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

HONOR X9b 5G raih pra-tempahan lebih RM10 juta

Mesti Baca

TELEFON pintar HONOR X9b 5G menerima sambutan luar biasa daripada pengguna di negara ini apabila meraih pra-tempahan sebanyak RM10 juta sejak diperkenalkan baru-baru ini.

Telefon pintar yang dinanti-nantikan itu berada di pasaran secara rasmi di seluruh negara bermula hari ini.

HONOR X9b 5G berjaya mencuri perhatian ramai kerana telefon pintar tahan lasak setiap sudut.

“HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 yang termasuk penggantian retak depan dan belakang selama tempoh 365 hari dan fon putij telinga HONOR Choice Earbuds X5,” kata HONOR dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya, HONOR X9b 5G ditawarkan dengan ciri-ciri penaiktarafan secara keseluruhan.

Produk itu berjaya menawan hati penggemar teknologi atas beberapa faktor menarik antaranya kekuatan dinaik taraf melebihi had ketahanan, bateri yang dinaik taraf kepada 5800mAh terbesar dalam segmen, prestasi penstoran dan cipset lebih baik dan beberapa lagi.

HONOR X9b 5G boleh diperoleh menerusi laman web rasmi hihonor.com, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis dan Yes. 

Sementara telefon pintar itu boleh didapati pada Celcom, Digi dan U Mobile pada masa terdekat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan