31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Drama Mystic Village meneroka topik alam ghaib, misteri

Mesti Baca

INGINKAN sesuatu yang unik untuk mengisi ruang rancangan lokal? Saksikan Mystic Village drama bersiri 10 episod di Astro Premier Saluran 410 yang telahpun ditayangkan sejak 30 Oktober lalu setiap Isnin jam 9 malam.

Rancangan penyiasatan dengan unsur-unsur supernatural, bertempat di sebuah kampung di utara Semenanjung ini iaitu Kg Sg Gelik Kiri itu dibintangi oleh Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.

Drama bersiri ini diarahkan oleh Faizul Jais dan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.

Drama ini mengisahkan seorang Imam-fluencer, Yunus yang pulang ke kampung halamannya selepas dikecam netizen apabila Tweetnya tentang poligami meletup serta menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Selama berada di kampung itu, dia mempunyai bakat terpendam dalam menyelesaikan misteri-misteri yang membabitkan benda-benda ghaib.

Advertisements

Boleh dikatakan drama ini bagaikan kisah Sherlock Holmes bertemu rancangan reality TV popular, Imam Muda. 

Sambil melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan dirinya sebagai selebriti.

Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya. 

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’?

Tonton Mystic Village setiap malam Isnin jam 9 di Astro Channel 410 mulai 30hb Oktober. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan