32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

IJM Land bantu ringankan beban enam keluarga sambut Syawal

Mesti Baca

IJM Land Berhad baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada enam keluarga kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka terutama dalam menyambut kedatangan Syawal.

Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon berkata, inisiatif tahunan itu adalah sebahagian komitmen syarikat perumahan tersebut terhadap tanggungjawab sosial terutama bagi membantu meringankan beban keluarga sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

“Pada tahun ini, IJM Land melanjutkan sokongannya kepada enam keluarga yang layak dengan menyediakan barang-barang keperluan bernilai RM600, termasuk beras, minyak masak, tepung, dan biskut, berserta RM1,000 sebagai duit Raya.

“Usaha amal ini bertujuan untuk memastikan keluarga-keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan dapat menyambut perayaan tanpa diselubungi dengan tekanan kewangan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Advertisements

Para penerima sumbang itu terdiri daripada ibu tunggal yang mengharungi cabaran mempunyai anak menghidap kencing manis dan telah menjalani amputasi kaki.

Ada juga ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan sedang berjuang dengan penyakit buah pinggang selain penjual burger, pemandu peribadi dan lain-lain.

Kian Soon berkata, melalui Program Mesra Ramadan itu, IJM Land bukan hanya berhajat memberikan bantuan segera tetapi juga untuk menginspirasikan budaya empati dan sokongan yang lebih luas dalam masyarakat.

“Untuk tahun-tahun yang akan datang, kami berharap dapat terus menaikkan semangat komuniti tempatan dan memberi hak nyata mereka. Bersama-sama, marilah kita menjadikan musim perayaan ini kenangan yang tersemat dalam ingatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan