Tuesday, July 21, 2026

Bazar Raya NADI serentak di 1,098 lokasi hari ini – MCMC

Bazar Raya NADI 2026, sebagai kesinambungan daripada edisi lalu dengan menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan kali ini.

Mesti Baca

PUSAT Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Bazar Raya secara serentak di 1,098 lokasi pusat tersebut di seluruh negara hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, Bazar Raya NADI 2026, sebagai kesinambungan daripada edisi lalu dengan menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan kali ini.

Menurut MCMC, sasaran itu adalah peningkatan dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada tahun 2025.

“Bazar Raya NADI 2026 bukan sekadar platform jualan bermusim. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MCMC untuk memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti, merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat selaras dengan objektif penubuhan NADI.

“Ini sekali gus memperkukuh peranan NADI sebagai platform ekonomi komuniti yang semakin berkembang,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Katanya, inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI yang diselaraskan oleh MCMC itu berfungsi sebagai platform memperkasa usahawan komuniti serta meluaskan peluang pemasaran menjelang musim perayaan. 

Majlis Kick-Off Bazar Raya NADI telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada 7 Mac 2026 yang lalu di NADI PPR Kerinchi sebagai simbolik pelancaran peringkat nasional.

Menurut MCMC, selain NADI PPR Kerinchi, program tersebut turut dipromosikan tahun ini di lima  lokasi tumpuan utama lain bagi memperluas keterlihatan dan impak program di seluruh negara.

Antaranya NADI Sungai Tua, Gombak, Selangor; NADI Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh, Perak; Padang Bola Sri Johor 4AB, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Kulai, Johor Bahru; serta NADI Kubang Semang (Yayasan Aman), Pulau Pinang.

Bazar Raya NADI di Padang Bola Sri Johor 4AB, Bandar Tun Razak hari ini telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

MCMC berkata, selain aktiviti jualan, program di lokasi ini turut menampilkan pengisian komuniti seperti penganjuran Kempen Internet Selamat.

“Ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan keselamatan Internet dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab,” katanya.

Bazar itu turut menampilkan kolaborasi strategik antara MCMC dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui pelaksanaan Jualan Rahmah Madani dan Jualan Agro Madani. 

“Kerjasama ini menyokong aspirasi Kerajaan Madani dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik menjelang musim perayaan,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan