26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

LLM sambut baik pelaksanaan tol percuma sempena Deepavali

Untuk memastikan pergerakan kenderaan di lebuh raya adalah terkawal, LLM telah mengarahkan kesemua Syarikat Konsesi Lebuh Raya untuk melakukan persediaan rapi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menyambut baik pengumuman kerajaan melaksanakan inisiatif tol percuma bersempena cuti perayaan Deepavali yang akan disambut esok.

Inisitiaf tersebut telahpun bermula pada tengah malam tadi sehingga 12 November 2023 jam 11.59 malam.

LLM menerusi kenyataan berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 sehingga 2.3 juta sehari.

“Untuk memastikan pergerakan kenderaan di lebuh raya adalah terkawal, LLM telah mengarahkan kesemua Syarikat Konsesi Lebuh Raya untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Antara langkah – langkah yang diambil adalah mengarahkan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula dari 10 November 2023 hingga 14 November 2023.

“Kedua, memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh tersebut terutamanya di Kawasan Rehat & Rawat serta Hentian Sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

“Ketiga, memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenalpasti mempunyai trafik yang tinggi.

“Keempat, menyediakan petugas – petugas tambahan terutamanya di plaza – plaza tol yang
dikenalpasti akan berlaku kesesakan bagi membantu melancarkan transaksi tol.

Advertisements

“Kelima, menyediakan kemudahan tambahan bagi tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa Kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

“Kelima, meningkatkan bilangan petugas untuk memastikan kebersihan tandas dan memastikan kecukupan bekalan air serta bekalan minyak di stesen-stesen minyakndengan mendapatkan kerjasama daripada pengusaha stesen dan syarikatnpembekal minyak demi keselesaan penguna lebuh raya.

“Dan terakhir, adalah mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di beberapa lokasi berdasarkan keperluan bagi menambah kapasiti dan melancarkan trafik.

“Dijangkakan sebanyak dua juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya Utara Selatan pada hari-hari puncak sempena perayaan Deepavali ini manakala masing-masing 173, 000; 71, 000 dan 50, 000 kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya KL – Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 setiap hari sepanjang tempoh ini,”katanya.

Dalam pada itu, LLM juga ingin menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak PLUS Berhad dan Anih Berhad.

Kata LLM lagi, bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma pada 11-12 November 2023, pengguna
adalah diingatkan supaya memastikan penggunaaan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG
masih perlu disentuh bersama-sama kad Touch ‘n Go di plaza tol.

“Manakala pengguna RFID perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.
Tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-Wallet Touch ‘n Go,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan