Tuesday, July 21, 2026

Ismail Sabri tinjau persiapan perayaan Deepavali di Little India

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkunjung ke Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut oleh komuniti Hindu di seluruh negara esok.

Beliau disambut Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan dan pemilik kedai Bollywood iaitu Datuk Haji Mohammad Rafi yang meluangkan masa kira-kira sejam melawat kedai menjual pakaian Bollywood dan Raaji Silk Palace di Little India.

“Setiap kali musim perayaan Hari Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut esok.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara. Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau, pengunjung yang hadir hari ini terdiri daripada pelbagai kaum, melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan