Tuesday, July 21, 2026

Tiada lagi pemberian tol percuma di musim perayaan – Alexander

Mesti Baca

TIADA lagi pemberian tol percuma di musim perayaan mulai tahun ini. Itu keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat Kabinet tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu yang lebih bersasar yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, tahun lalu merupakan tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan yang kali terakhir dilaksanakan semasa perayaan Hari Krismas lalu.

“Tiada lagi tol percuma musim perayaan… Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.

“Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, … akan dibincangkan.

“(Keputusan ini kerana) … kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti dilapor media hari ini.

Sebelum itu, Alexander merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE yang akan dibuka mulai tengah malam ini.

Untuk rekod, pemberian tol percuma pada 23 dan 24 Disember lalu sempena Krismas menyebabkan kerajaan menanggung implikasi kewangan dianggar sebanyak RM38 juta bagi pembayaran balik kepada syarikat-syarikat konsesi tol yang terlibat.

Sementara itu Alexander berkata, pembukaan Seksyen 2 WCE itu dapat mempercepatkan perjalanan dari Banting ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

“Tahniah kepada semua yang terbabit dalam projek lebuh raya sepanjang 7.2 kilometer ini di mana ia menyediakan pengguna jalan raya laluan alternatif lebih mudah disamping mengelakkan kesesakan jalan raya berbanding laluan sedia ada terutama pada waktu puncak.

“Malah, dengan jaringan perhubungan lebuh raya yang lebih baik ini dilihat mampu merangsang sektor industri dan komersial di kawasan ini dengan menarik pelaburan ke kawasan perindustrian termasuk di Pulau Indah, Telok Panglima Garang dan Bandar Botanik, Klang,” katanya.

Beliau berkata secara tidak langsung memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna jalan raya, tetapi penduduk setempat dan aktiviti ekonomi di sekitar kawasan tersebut.

Pembukaan laluan tersebut akan melengkapkan jajaran yang telah dibuka sebelum ini dari Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE yang telah dibuka pada 31 Ogos tahun lalu.

“Meskipun saya telah mengumumkan kerajaan sedang mempertimbang mekanisma baharu dan pendekatan lebih bersasar bagi menggantikan tol percuma musim perayaan.

“Namun suka saya umumkan di sini, pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya (di kedua-dua arah), pengguna laluan ini akan menikmati tol percuma selama sebulan bermula tengah malam ini.

“Ini seiring aspirasi MYJalan dan Malaysia Madani yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna di laluan ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan