Monday, July 20, 2026

Nanta Linggi nafi keluar surat berkaitan bayaran graduiti

Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian

Mesti Baca

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan kementeriannya ada mengeluarkan surat berkaitan “bayaran graduiti” kepada seorang individu pada 28 Julai lalu.

Tegas beliau, surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) mahupun pihaknya sebagai menteri.

“Saya menegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak KKR mahupun pihak saya sebagai Menteri di kementerian ini.

“Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan dokumen seumpama itu yang jelas mempunyai unsur penipuan dan penyamaran.

Surat konon jemputan Kementerian Kerja Raya bagi pembayaran graduaiti kepada seorang individu yang jelas palsu.

Nanta Linggi mengulas penyebaran surat bertarikh 28 Julai 2025 yang didakwa dikeluarkan KKR dan ditandatangani atas namanya, berkaitan pembayaran graduiti kepada seorang individu bernama “Lt. Engr. Muhammad Syafiqah Rayyan”.

Beliau berkata, KKR telah mengambil maklum perkara tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai ketulenan dokumen atau komunikasi yang didakwa dikeluarkan oleh KKR, orang ramai dinasihatkan

untuk menghubungi terus saluran rasmi kementerian melalui laman web www.kkr.gov.my atau talian rasmi KKR.

“Keselamatan dan ketelusan dalam urusan pentadbiran adalah keutamaan kami,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan