PEMAJU hartanah, SP Setia Berhad, melancarkan projek kediaman mewah terbaharu mereka, Elysian, yang menawarkan hanya 40 unit eksklusif banglo dan rumah berkembar di perbandaran Setia Alamsari, Kajang.
Dengan harga bermula RM1.63 juta, Elysian menampilkan konsep kediaman berinspirasi alam dengan pendekatan gaya hidup moden dan lestari.
Terletak di dalam kawasan pembangunan bersepadu seluas 775 ekar, perbandaran ini turut meraih pelbagai anugerah atas daya tarikan dan kualitinya sebagai destinasi kediaman pilihan.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Setia Alamsari, Koh Sooi Meng, Elysian direka khusus untuk mereka yang menghargai keindahan seni bina, suasana tenang, serta keselesaan hidup dalam komuniti berpagar yang eksklusif.
“Di S P Setia, kami bukan sekadar membina rumah, kami membentuk komuniti. Elysian adalah simbol komitmen kami terhadap pembinaan kediaman berkualiti tinggi dan mampan.
“Ia sesuai untuk pembeli yang bersedia membuat keputusan bijak demi masa depan,” katanya dalam kenyataab hari ini.

Menurutnya, projek ini mengetengahkan konsep e-Green Living, antaranya penggunaan panel solar, sistem rumah pintar, kunci digital, pengecas kenderaan elektrik (EV) dan sistem penuaian air hujan.
Katanya, semua ini disepadukan dalam persekitaran berlandskap hijau yang mendamaikan.
“Keunikan rekaan seni bina pula menyaksikan gabungan elemen tradisional Nusantara dengan gaya kontemporari moden, menampilkan ruang dalaman yang luas, pemandangan tasik dan taman, serta taman dalaman yang memberi keselesaan seharian,” katanya.
Elysian terdiri daripada dua jenis unit utama iaitu banglo dan rumah berkembar:
• Banglo Jenis D: Lot 53’ x 110’, binaan bermula 3,222 kaki persegi, harga dari RM2.18 juta
• Banglo Jenis E: Lot 60’ x 100’, binaan bermula 3,295 kaki persegi, harga dari RM2.26 juta
Manakala untuk rumah berkembar:
• Jenis C & D: Lot 40’ x 80’, binaan bermula 2,946 kaki persegi, harga dari RM1.63 juta
• Jenis E: Lot 52’ x 80’, binaan bermula 3,159 kaki persegi, harga dari RM2.02 juta
Elysian terletak berhampiran lebuh raya utama seperti KL-Seremban, LEKAS dan SILK, serta berdekatan plaza tol Bangi dan Putra Mahkota.
Lokasinya juga dikelilingi pelbagai kemudahan seperti:
• Institusi pendidikan: UKM, GMI, SMK Bandar Baru Bangi, Rafflesia International School
• Kemudahan riadah: Bangi Golf Club, Danau Golf Club, Bangi Wonderland
• Fasiliti setempat: Masjid Baiturrahman (bakal dibuka), Hab Komersial Emporia
Penghuni turut berpeluang menikmati pemandangan tasik seluas 7.7 ekar, laluan joging tiga jalur, taman landskap dan ruang rekreasi eksklusif The Lawn, sesuai untuk aktiviti santai dan kekeluargaan. — Edisi 9

