Monday, July 20, 2026

JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU

Mesti Baca

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki yang dipukul beramai-ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari lalu merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Mental.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata, berdasarkan semakan, mangsa telah mendapat kelulusan Kad OKU tersebut pada 19 Mac 2023 lalu.

“Perkara ini adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan berada di luar batas tatasusila kehidupan bermasyarakat yang diamalkan di negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa telah diheret dan dipukul beramai-ramai setelah dia yang menunggang motosikal, dikatakan terlanggar gerai menjual mi goreng di pasar tani tersebut.

Rakaman video kejadian tersebut tular menerusi media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Malahan kes tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengarahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin untuk menziarahi keluarga mangsa.

Sementara itu JKM berharap siasatan terhadap kes tersebut dapat diselesaikan segera dan pesalah dikenakan hukuman.

JKM berkata, pihaknya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kemaman telah memberi bantuan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada keluarga mangsa melalui sesi kaunseling bagi membantu menstabilkan emosi keluarga yang terjejas akibat kejadian ini.

“JKM sekali lagi menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan akan terus memberikan sokongan kepada keluarga mangsa.

“JKM juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang bersolidariti menzahirkan rasa simpati kepada OKU yang teraniaya ini.

“Sifat ihsan sebegini harus ditanam dalam diri setiap individu supaya tiada yang akan melakukan tindakan diluar batas kemanusiaan kepada sesiapapun di masa hadapan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan