26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland hari ini.

Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat terbabit mempunyai pelbagai pelaburan di Malaysia.

Antara syarikat tersebut ialah AstraZeneca, Fortescue, DP World, Nestle, Medtronics dan Google.

“Ruang lingkup ini digunakan untuk menerokai lebih banyak sinergi pelaburan dan perdagangan demi kepentingan bersama-sama.

“Sesi-sesi tersebut juga sebagai signal dan usaha berterusan kerajaan dalam meyakinkan serta menarik kemasukan pelabur asing, baik baharu dan lama ke Malaysia,” katanya menerusi media sosialnya.

Turut sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz.

Anwar berkata, iklim pelaburan global menuntut kerajaan untuk lebih aktif memperluas radar hubungan dan kerjasama lebih erat.

Advertisements

Katanya, ini bagi merebut peluang yang ada hatta membawa manfaat untuk dinikmati rakyat dan juga ekonomi negara.

Sementara itu, Perdana Menteri mempunyai jadual padat sejurus tiba di Davos bagi menghadiri WEF tersebut.

Anwar berkata, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, beliau akan membawa suara anggota blok ini di pentas dunia dalam pelbagai isu.

Antaranya kata beliau, berkaitan kecerdasan buatan (AI), iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.

Turut dijangka menjadi tumpuan dan agenda penting sewaktu lawatan kerja tersebut adalah sesi taklimat dengan media antarabangsa dan Dialog Strategi Negara.

Selain Perdana Menteri juga akan mengadakan ucaptama terkait masa depan ASEAN merangkumi aspek digital, ekonomi, peranan teknologi baharu dan juga inovasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan