24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Seorang cedera, dua sekolah rosak teruk akibat ribut di Kemaman

Mesti Baca

SEORANG remaja lelaki patah kaki kanan selepas ditimpa sebuah wakaf yang runtuh dalam kejadian ribut serta hujan lebat di Bandar Chukai, Kemaman, 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian ribut itu menjejaskan kawasan seluas kira-kira 30 kilometer radius dari pusat bandar Chukai.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 13 tahun itu dipercayai sedang berlindung di bawah wakaf di kawasan Pantai Teluk Mak Nik.

“Pasukan perubatan dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Kejadian ribut kencang berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit menyebabkan banyak pokok tumbang di jalan utama.

Advertisements

“Polis dimaklumkan ada rumah penduduk dan sekolah yang terbabit namun kita masih belum memperoleh maklumat yang terperinci,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, selain laporan pokok tumbang, bomba turut menerima laporan tiang lampu yang terbalik serta dua sekolah yang rosak akibat dibadai ribut.

“Dua sekolah yang terbabit ialah Sekolah Agama Al Falah dan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Iman.

“Ketika ini, anggota sedang melakukan kerja mengalih pokok tumbang di jalan utama dengan bantuan anggota polis bagi melancarkan aliran trafik,” katanya.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan