29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Korban Perdana BN: 27 ekor lembu ditumbangkan di Kijal

Mesti Baca

SEBANYAK 27 ekor lembu ditumbangkan sempena program Korban Perdana dan Jamuan Rakyat UMNO Bahagian Kemaman yang akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Penunjuk, Kijal, esok.

Daripada jumlah tersebut, masing-masing sebanyak lima ekor lembu dikorbankan oleh UMNO DUN Chukai dan Air Putih manakala bagi DUN Kemasik sebanyak tujuh ekor manakala bakinya daripada DUN Kijal selaku tuan rumah.

Zahid yang juga Presiden UMNO dijangka tiba di Lapangan Terbang Kerteh pukul 9 pagi sebelum diarak dan diiringi oleh kumpulan motosikal dari Pantai Kemasik ke Pantai Penunjuk yang berjarak kira-kira 10 kilometer (km).

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, lembu-lembu korban tersebut sebahagiannya akan disembelih pada hari ini manakala selebihnya untuk Jamuan Rakyat esok.

Advertisements
Ahmad Said menyaksikan gotong-royong melapah daging korban di Pantai Penunjuk, Kijal hari ini.

“Turut diadakan cabutan bertuah kepada orang ramai yang hadir dengan hadiah berupa lima buah motosikal termasuk Honda CBR 150 dan pelbagai hadiah menarik lain.

“Semua kerja-kerja penyembelihan dan memasak akan diuruskan oleh kalangan UMNO dari setiap DUN di kawasan Parlimen Kemaman bermula petang ini,” katanya di Kijal, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman mempelawa orang ramai di sekitar Parlimen Kemaman khususnya DUN Kijal dan sekitarnya untuk menghadiri majlis Korban Perdana tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan