30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM perlu ambil tindakan menteri buat ‘kecoh’ di KLIA

Tiada siapa boleh atasi undang-undang!!

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap seorang menteri yang didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang waima siapa dan apa sekalipun jawatan.

“Sehubungan dengan itu, saya mohon untuk Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap kelakuan seorang menteri yang tidak wajar itu.

“Seharusnya dilucutkan jawatan sebagai menteri. Sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia

Advertisements

“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja, menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.

Difahamkan, menteri itu yang mengetahui mengenai penahanan wanita warga China tersebut telah ke KLIA dan memasuki balai ketibaan tanpa memohon pas. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan