33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

Mesti Baca

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi di Taman Senawang Perdana, Negeri Sembilan hari ini.

Suasana pilu menyelubungi rumah Allahyarham ketika lawatan Raja Permaisuri Agong bertemu balu Allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan bersama dua anak lelaki berumur tujuh dan dua tahun.

“Seri Paduka Baginda meluangkan masa bertanyakan khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik arwah sebelum mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah,” menurut hantaran Facebook Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hadir sama mengiringi Seri Paduka Baginda, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; isteri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Rosni Omar dan isteri Timbalan Menteri Pertahanan, Dalilah Awaludin.

Advertisements

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan Khamis lepas.

Dalam insiden jam 9.32 pagi pada hari Selasa minggu lepas, dua helikopter iaitu pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kedua-dua pesawat bersama lima lagi sedang melakukan raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan