26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

Mesti Baca

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Ini berikutan kecederaan yang dialami oleh pemain sayap, Faisal Halim memerlukan masa beberapa bulan untuk benar-benar sembuh.

Sedangkan Harimau Malaya mempunyai baki dua lagi perlawanan kelayakan tersebut iaitu berdepan Kyrgyztan di gelanggang lawan pada 6 Jun serta melayan kunjungan Taiwan pada 11 June.

Kedua-dua perlawanan tersebut adalah penentuan “hidup-mati” skuad negara setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut ketika berdepan dengan Oman sebelum ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Faisal yang diserang dengan simbahan asid semalam perlu ‘melupakan seketika’ kancah bola sepak negara kerana memerlukan rehat.

Beliau berkata, Faisal yang juga pemain Selangor FC perlu berehat dalam tempoh beberapa bulan mendatang sehingga betul-betul sembuh dari luka kesan daripada simbahan asid.

Advertisements
Mahu tidak mahu perlu diakui kedua-dua pemain itu merupakan antara tonggak kekuatan Harimau Malaya. – Foto Flash Sukan

“Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera.

“Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya,” katanya seperti dilapor media, semalam.

Beberapa hari lalu, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid juga menjadi mangsa individu bodoh yang menyerang dan menyamun beliau di Kuala Terengganu.

Akibatnya, pemain JDT yang dipinjamkan kepada Terengganu FC itu cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek.

Bagaimanapun kecederaan Akhyar dipercayai tidak menjejaskan peluangnya untuk tampil beraksi di Spartak Stadium Kyrgyztan dan Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan