26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari ini bagi memulakan lawatan negara sehingga esok.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat dari Istana Besar Johor kira-kira 10 pagi menaiki kereta melalui Tambak Johor selepas Istiadat Mengucap Selamat Keberangkatan Sempena Lawatan Negara.

Dalam istiadat itu, Seri Paduka Baginda berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi lagu Negaraku.

Doa keberangkatan telah diketuai oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

“Turut berangkat ke istiadat berkenaan, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta Paduka Anakanda,” lapor Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Lawatan ke Singapura di atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam itu merupakan Lawatan Negara pertama Yang di-Pertuan Agong sejak menaiki takhta pada 31 Januari lalu.

Advertisements

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Menteri Pengangkutab, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Singapura dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Sejurus tiba di Singapura, Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Presiden Tharman dan isteri, Jane Ittogi Shanmugaratnam.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima tabik hormat yang diiringi lagu “Negaraku” dan “Majulah Singapura”, serta memeriksa perbarisan kawalan kehormatan Singapura.

Seri Paduka Baginda berdua kemudian mengadakan pertemuan kira-kira 30 minit bersama Presiden Tharman dan Jane Ittogi.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Datuk Lee Hsien Loong,

Presiden Tharman juga akan meraikan Seri Paduka Baginda berdua di dalam satu Majlis Santapan Negara.

Pada lawatan hari kedua, Sultan Ibrahim juga telah berkenan untuk melawat Parlimen Singapura serta melihat perkembangan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan