29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Kejamnya manusia hanya kerana bola sepak – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

KEMUNCULAN pemain bola sepak negara, Faisal Halim buat pertama kali selepas disimbah asid pada 5 Mei lalu pasti menyentuh hati dan mengundang sebak sesiapa yang melihatnya.

Dengan wajahnya yang berparut di kepala muka kiri serta sebahagian besar tangan kirinya diseliputi parut kesan lecur akibat asid, Faisal tampil dalam sidang media buat kali pertama, yang diatur majikannya, Selangor FC hari ini.

Malahan keadaan terkini penjaring gol tercantik Piala Asia 2023 itu turut menyentuh hati Pengerusi Majlis Manah Rakayat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO mengaku turut menitis air mata tanpa disengaja tatkala melihat keadaan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu.

“Melihat keadaan terkini Faisal Halim sebak sungguh rasa dada hinggakan tanpa disedari terkelur air mata saya.

“Betapa kejamnya manusia. Hanya kerana bola (sepak). Moga Allah sembuhkan Faisal!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Keadaan lengan kiri Faisal Halim yang berparut akibat terkena simbahan asid awal bulan lalu.

Dalam sidang media di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam itu, pemain itu berkata, dia sanggup hilang pekerjaan dan gaji puluhan ribu seterusnya pulang ke kampung halaman asalkan keselamatan diri dan keluarganya terjamin.

Malah, Faisal yang juga bintang Harimau Malaya turut bersedia menukar pekerjaan dengan hanya bekerja kampung demi memastikan tiada lagi ancaman seperti kejadian simbahan asid hingga hampir mengancam nyawanya.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun berkata, janji yang diberikan pengurusan Selangor FC termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang akan menjaga keselamatannya dan keluarga menyebabkan dia kembali bersemangat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

“Saya sanggup hilang gaji saya dan hilang kerja asalkan saya selamat dan keluarga pun selamat.

Advertisements

“Tapi saya lihat semangat dan janjikan kepada saya dan keluarga dengan mengatakan Mickey, awak mampu teruskan dan saya jamin keselamatan awak dan keluarga menyebabkan saya bersemangat.

“Oleh itu, pada mulanya minggu kedua saya cakap kepada Datuk (Shahril) saya sanggup hilang gaji puluh ribu asalkan keluarga saya selamat.

“Walaupun gaji sehari RM50 saya tak perlu hidup dalam ketakutan. Apa yang berlaku ini satu benda luar jangkaan.

“Yang saya tak boleh terima adalah keluarga saya dalam ketakutan tapi saya bersemangat apabila orang ramai mendoakan saya,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Faisal cedera disimbah dengan sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di Damansara, dekat ibu negara.

Akibatnya, pemain sayap Harimau Malaya tersebut melecur dan cedera di bahagian muka, dada dan lengan kirinya.

Malahan baju-T dan seluar yang dipakai pula kelihatan cair dan koyak akibat terkena cecair tersebut.

Dia kemudian disahkan mengalami lecur pada tahap empat dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi merawat kecederaannya.

Akibat kejadian itu juga dan kecederaan yang dialami, masa depannya untuk terus beraksi di padang masih sama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan