28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

MIMOS, G7A bekerjasama tingkat kedaulatan aeroangkasa

Mesti Baca

MIMOS Berhad dan G7 Aerospace Sdn. Bhd (G7A) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi untuk membina keupayaan integrasi sistem tempatan dalam ekosistem aeroangkasa negara.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Dr Saat Shukri Embong berkata, melalui persefahaman itu, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuh keupayaan negara dalam teknologi aeroangkasa, menggalakkan kemajuan teknologi dan memupuk aktiviti bernilai tinggi dalam sektor berkenaan.

Beliau berkata, kolaborasi tersebut merangkumi pelbagai inisiatif termasuk penyertaan dalam program Pusat Inovasi Teknologi Industri (ITIC) yang diuruskan oleh MIMOS, projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama yang tertumpu pada inovasi bahagian avionik.

Selain itu, menurut beliau, pembinaan kapasiti melalui latihan dan pemindahan pengetahuan serta projek yang disesuaikan dalam sektor Elektronik dan Elektrik (E&E) avionik turut akan diberi tumpuan.

“Sebagai penyedia solusi teknologi negara, MIMOS sangat teruja untuk berkolaborasi dengan pihak berkepentingan industri untuk meningkatkan industri aerospace Malaysia dari perkhidmatan hiliran ke huluan, selari dengan New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan Malaysia Aerospace Industry
Blueprint 2030 yang dibangunkan oleh MITI dan MIGHT,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Saat Shukri menandatangani bagi pihak MIMOS manakala G7 Aerospace diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosdi Mahmud dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Advertisements

Saat Shukri berkata, kerjasama tersebut memberikan MIMOS peluang unik untuk memacu kemajuan signifikan dalam industri aeroangkasa dengan membolehkan aktiviti Bukti Konsep melalui program ITIC.

Inisiatif ini, katanya, memungkinkan MIMOS untuk menyokong pemain industri dalam menguji dan menyempurnakan teknologi mereka sebelum dikomersialkan, secara efektif mempercepat inovasi dan memendekkan masa untuk membawa produk baru ke pasaran.

Sementara itu, Rosdi berkata, dengan komitmen bersama untuk menerajui kemampuan integrasi sistem tempatan, beliau yakin untuk merevolusi pendekatan solusi industri pertahanan.

“Kerjasama ini bukan sahaja menekankan dedikasi kami untuk memajukan kemampuan aerospace Malaysia, malah ia juga memberi fokus kepada matlamat bersama kami untuk memacu kemampanan teknologi dan kemakmuran ekonomi melalui inovasi.

“Dengan aspirasi yang tinggi, kami berharap agar kerjasama ini akan disusuli impak perubahan yang akan mentransformasi industri aerospace negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan