PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Thailand hari ini.
Pemain profesional negara yang kini berada di ranking ke-10 dunia itu menewaskan jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam perlawanan akhir di Bangkok, sebentar tadi.
Zii Jia bagaimanapun bermula perlahanan, di mana dia sentiasa berada di belakang dalam set pertama tetapi ketika ketinggalan 5-7, dia meraih 11 mata berturut-turut untuk mendahului 16-7 sebelum menang 21-11.
Momentum itu kemudian diteruskan dengan 12-4 sebelum menoktahkan kemenangan 21-10 untuk bergelar juara selepas bertarung selama 33 minit.
Ini merupakan kemenangan keempat Zii Jia ke atas Angus Ng, pemain di ranking ke-27 dunia itu dalam tujuh kali pertemuan.
Dengan kemenangan tersebut, Zii Jia membawa pulang wang tunai bernilai USD31,500 (kira-kira RM147,000).
Kali terakhir Zii Jia memenangi gelaran ialah dalam Kejohanan Terbuka Finland di Vantaa pada Oktober tahun lalu. – Edisi 9

