28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Zambry mahu lebih ramai pelajar Malaysia masuk Oxford

Mesti Baca

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mahu melihat lebih ramai pelajar Malaysia memasuki Universiti Oxford yang merupakan universiti terunggul di dunia.

Sehubungan itu, beliau telah berbincang dengan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, anak Malaysia yang kini menjadi pensyarah di universiti tersohor itu bagi tujuan tersebut.

Selain itu, beliau berkata, KPT juga akan mencari peluang kolaborasi antara kolej-kolej di Oxford dengan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia melalui program-program yang berkaitan.

“Saya berbincang dengan Dr Afifi dan insya-Allah kita mahukan lebih ramai pelajar Malaysia dapat sambung belajar di Oxford.

“Selain itu saya melihat peluang kolaborasi yang boleh dilakukan bersama Dr Afifi dan kolej-kolej di Oxford dengan IPT di Malaysia melalui program-program yang berkaitan,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Sebelum itu Zambry diiringi Afifi melawat Universiti Oxford di Oxfordshire, United Kingdom.

Advertisements
Zambry Abdul Kadir (dua kanan) diiringi Dr Afifi Al-Al-Akiti di Auditorium Tuanku Bainun di Kolej Worcester, Oxford.

Afifi yang juga mantan penasihat agama kepada Sultan Perak kini merupakan pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford dan juga felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.

Zambry berkata, selain sejarah, senibina dan keindahannya, Oxford juta mempunyai mekanisme pembelajaran yang menarik.

Beliau berkata, setiap felo perlu menjalankan tutorial personal dengan pelajar dan maksimum hanya enam orang pelajar sahaja yang akan dikelolakan oleh seorang felo setiap tahun.

“Kaedah ini membolehkan felo tersebut fokus kepada pelajar terlibat dan memberi ruang pelajar itu mendapat lebih banyak input dan ilmu tentang kursus tersebut,” katanya.

Beliau berkata, sesuatu yang perlu dibanggakan di Kolej Worcester ialah terbinanya sebuah bangunan Sultan Nazrin Shah Centre bersempena dengan nama Sultan Perak dan mempunyai fasiliti Auditorium Tuanku Bainun yang boleh memuatkan 170 orang dan dua bilik seminar yang boleh memuatkan 20 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan