28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

Mesti Baca

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan buah-buah di Lembah Klang, baru-baru ini.

Program yang dijalankan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Lost Food Project itu berjaya menyelamatkan lebih 100 kilogram (kg) sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikutip dari pasar dan pembekal di sekitar Lembah Klang.

Sayur-sayuran dan buah-buahan itu kemudian diagihkan kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

Salah seorang peserta, Muhammad Irfan Mohd Sukri berkata, hasil pengalaman tersebut, walaupun sekejap, sangat bernilai bagi mereka.

“Melaluinya kami tambah yakin yang generasi muda sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk masa depan yang kita ingini,” katanya.

Dia berkata, NGO tersebut menjadikan sebuah gudang di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebagai tapak operasi mereka.

“Mereka ini telah bekerjasama dengan hampir 80 badan-badan amal untuk mengasingkan sayur-sayuran dan buah-buahan terbuang yang diterima dari pembekal dan pasar raya terpilih.

“Produk yang masih elok kemudiannya dikumpulkan, sebelum diagihkan kepada penduduk di lokasi PPR yang telah dikenal pasti,” katanya.

Advertisements

Seorang lagi sukarelawan, Amni Zara Mohd Azmin melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menyertai program kesukarelawanan tersebut buat pertama kalinya.

Dia berkata, lebih manis kerana mereka berpeluang bertemu individu penting dalam program tersebut iaitu Sarah Grasset, yang merupakan Timbalan Presiden The Lost Food Project ini.

“Secara jujurnya saya sangat terinspirasi melihat kesungguhannya untuk melakukan sesuatu yang berimpak kepada komuniti setempat. Bukan sahaja untuk masa sekarang, tetapi juga untuk generasi
akan datang.

“Lebih mengujakan, keseluruhan program ini sebenarnya berasaskan kepada sebuah cetusan idea asal yang mudah, iaitu menyelamatkan makanan yang elok sebelum dibuang,” katanya.

Sukarelawan dari UM memeriksa sayur-sayuran di pasar.

Menariknya, mahasiswa berkenaan turut berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran yang ada di pasaran.

“Rupanya selama ini saya hanya mengenali daun salad (Lactuca sativa) jenis iceberg yang kerap digunakan apabila menikmati hidangan nasi ayam. Banyak lagi jenis daun salad yang dihasilkan, seperti jenis Coral dan Romaine yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis juadah,” kata Putri Syaza Alyaa Mohd Aszairi.

Dia berharap lebih ramai lagi mahasiswa UM dapat meluangkan masa untuk melakukan program sukarelawan seperti itu kerana ia bukan hanya membantu pemegang taruh yang terlibat secara langsung, malah turut membina sahsiah diri yang baik demi menghasilkan graduan holistik pada masa hadapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan