29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

Mesti Baca

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan sekitar Jalan Chow Kit di ibu negara baru-baru ini.

Program Sparks of Hope itu mendapat kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia, MR. D.I.Y (M) Berhad, Produx Pro Sdn.Bhd dan Pertubuhan Ar-Riqab Kuala Lumpur.

Pengarah program, Sudhani Teh Zhi Hui berkata, program tersebut bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat selain menanam sikap empati terhadap golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, program itu juga bagi menimba pengalaman yang berharga dalam membantu dan berinteraksi secara terus dengan komuniti gelandangan.

“Saya yakin apabila perkara yang baik kita lakukan, maka akan ada banyak usaha yang akan membantu menjayakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gelandangan di pusat transit di ibu negara turut diajar teknik refleksologi kaki.

Beliau berkata, sebanyak 400 kit kebersihan dan barangan keperluan serta 100 pek makanan telah disalurkan kepada golongan gelandangan dalam program tersebut.

Advertisements

Sudhani berkata, program itu juga membawa pendekatan pemindahan pengetahuan di mana penghuni diajar teknik refleksologi kaki yang menjadi kepakaran UPSI melalui Kelab Rehabilitasi Sukan.

Selain itu, sesi perapian diri dengan memberi perkhidmatan gunting rambut percuma kepada semua penghuni pusat transit tersebut.

Sementara itu, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata, UPSI sentiasa komited membawa perpaduan bersama dengan kominiti.

“Pastinya, UPSI sebagai Universiti Kebitaraan Pendidikan akan sentiasa membuka minda dan peluang kepada mahasiswa untuk bertindak secara inovatif dan berinisiatif memberikan banyak manfaat bagi menolong golongan kurang yang bernasib baik ini.

“Ia tidak hanya berkesan besar dalam membangun nilai poitif dalam diri, ia juga akan membawa manfaat untuk merasai kebersamaan bersama komuniti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

RM2.734 juta untuk Majlis Tilawah Kebangsaan – Wan Rosdy

KERAJAAN Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM2.734 juta bagi menjayakan Majlis Tikawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung...

Lagi Artikel Berkaitan