31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

Mesti Baca

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat Terengganu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan yang diberikan itu tidak termasuk peruntukan khas bagi membasmi kemiskinan sebanyak RM50 juta.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Terengganu, turun ke negeri itu bagi meninjau sendiri pelaksanaan projek-projek yang direncanakan.

“Saya telah membuat lawatan ke Projek ECER-Pembinaan Jalan daripada Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) (Pakej 2).

“Alhamdulillah, projek yang bernilai RM28 juta ini dijangka siap pada tahun hadapan,” katanya hari ini.

Advertisements

Hadir sama, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuaka Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sebelum itu beliau menyerahkan Rumah Kasih Ihsan-Kategori Baik Pulih kepada ibu tunggal, Noriani Jaafar@Hitam di Kampung Dusun Tembakau di Manir, Kuala Nerus.

Mohamed Khaled berkata, projek yang bernilai RM25,000 itu adalah Program Pembasmian Kemiskinan yang dijalankan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Katanya, kesemua projek yang ada dan peruntukan yang disalurkan itu menghantar mesej yang jelas bahawa negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Pusat, turut diberikan perhatian, menafikan dakwaan bahawa negeri-negeri tersebut tidak menerima peruntukan.

“Dalam apa jua keadaan, yang terus menang dan kekal juara adalah rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Sumbangsih: JDT diberi kemenangan percuma

JOHOR Darul Ta’azim (JDT) bakal diberi kemenangan percuma 3-0 perlawanan pertama Liga Malaysia, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad...

Lagi Artikel Berkaitan