Sunday, July 19, 2026

Malek Razak dilantik PAT baharu berkuat kuasa esok

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan kenaikan pangkat Malek Razak kepada Jeneral seterusnya sebagai PAT - Mohamed Khaled Nordin

Mesti Baca

PANGLIMA Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu mulai esok, 1 Februari.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan kenaikan pangkat Malek Razak kepada Jeneral seterusnya sebagai PAT.

Beliau berkata, pelantikan tersebut dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Perkhidmatan Malek Razak bermula pada tahun 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom, dan telah ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

“Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau telah mempamerkan kebolehan, keupayaan, kecemerlangan serta kepimpinan yang tinggi,” kata Mohamed Khaled dalam kenyataab hari ini.

Malek Razak memulakan kerjaya sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kemudiannya berkhidmat di pelbagai pasukan serta memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah dan staf. 

Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pengalaman luas serta kredibiliti yang dimiliki, pihaknya yakin pelantikan Malek Razak akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran pertahanan negara.

Di samping itu, pelantikan tersebut juga katanya, dapat memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui kepimpinan yang berteraskan integriti dan profesionalisme serta mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan