Wednesday, July 22, 2026

‘Mat saleh’ jadikan pondok wakaf sebagai ‘hotel bajet’

Sementara itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam maklum balasnya menerusi hantaran itu berkata, perkara tersebut telah diambil tindakan oleh JIM Negeri Pahang, semalam.

Mesti Baca

SEORANG pelancong asing dari Barat (mat saleh) didakwa menjadikan sebuah pondok wakaf di Teluk Tongkang, Kuantan, Pahang sebagai ‘hotel bajet’ sejak beberapa tahun lalu.

Menurut hantaran menerusi platform X, kehadiran pelancong lelaki tersebut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk memandangkan pantai tersebut merupakan pantai awam dan menjadi tumpan orang ramai.

Isu Apa Hari Ini (@dahfollowbelun) yang memuatkan rakaman klip video tersebut semalam mendakwa, pelancong terbabit telah menjadikan wakaf tersebut sebagai penginapannya sejak dua atau tiga tahun lalu.

Katanya, ketika rakaman video dibuat, pelancong terbabit sedang berehat di pondok berkenaan sambil bermain telefon bimbit dan percaya lelaki terbabit bukanlah tidak berduit.

“Apa yang mengganggu bagi saya, mat saleh ini sejenis yang mandi bogel di pantai Teluk Tongkang tu. 

“Dua tiga kali dah nampak dia mandi bogel tanpa segan silu. Nampak tak sesuai sebab situ kawasan awam dan pelancongan. 

Tangkap layar klip video menunjukkan seorang pelancong asing menjadikan pondok wakaf di Teluk Tongkang, Kuantan sebagai ‘hotel bajet’.

“Dia tinggal di situ sejak dua tiga tahun atau mungkin lebih lama,” kata pemilik akaun X tersebut.

Katanya, dia telah membuat aduan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk diambil tindakan selain turut meletakkan tanda kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, warganet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit memandangkan keadaannya yang mencurigakan.

“Kita tidak tahu apa tujuan dia datang ke sini sama ada berniat baik atau sebaliknya. Harap pihak berwajib dapat turun padang buat siasatan terhadap individu terbabit,” kata seorang warganet. 

Sementara itu JIM dalam maklum balasnya menerusi hantaran itu berkata, perkara tersebut telah diambil tindakan oleh JIM Negeri Pahang, semalam.

“Subjek telah diperiksa dan didapati memiliki pas lawatan sosial yang masih sah berlaku sehingga 21 April 2026,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan